|
Mini Konvensyen KIK UiTM Zon Tengah 2012 |
|
|
|
|
Written by admin kik
|
|
Wednesday, 03 October 2012 02:29 |
 |
-- |
Dimaklumkan bahawa Mini Konvensyen KIK UiTM 2012 akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober 2012 di Auditorium 1 dan 2 iLQAM, UiTM Shah Alam. Pada 2 Oktober 2012 pula akan diadakan undian giliran kumpulan-kumpulan KIK yang bertanding dan latihan untuk kumpulan-kumpulan berkenaan.
Kepada semua Penyelaras, Fasilitator, Ketua, Ahli Kumpulan KIK dan semua Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Mini Konvensyen KIK, tuan/puan dijemput hadir pada 2 Oktober 2012 di Auditorium iLQAM bermula jam 2.00 petang untuk taklimat Konvensyen dan Undian Giliran Kumpulan.
Seterusnya tuan/puan semua dijemput hadir ke program Mini Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon Tengah 2012 pada 3 dan 4 Oktober 2012 di tempat yang sama. Kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, sila maklumkan kepada semua ahli tuan/puan supaya hadir pada 3 dan 4 Oktober 2012 untuk program berkenaan.
|
|
|
Last Updated on Wednesday, 03 October 2012 03:37 |
|
Read more...
|