Home
Pendaftaran Penyertaan Konvensyen KIK 2014 Peringkat Zon Tengah melalui Sistem Pengurusan KIK PDF Print E-mail
Written by kikuitm   
Wednesday, 27 August 2014 17:42

 

 

 

 

Untuk makluman, pihak InQKA dengan kerjasama Pejabat Teknologi Maklumat telah menyediakan satu platform khusus untuk pengurusan KIK UiTM secara atas talian. Platform tersebut akan menjadi repositori utama merekod maklumat kumpulan, projek dan aktiviti KIK yang dikoordinasikan oleh pihak InQKA.

Sistem Pengurusan KIK (SPKIK) UiTM ini telah mula dibuka pada 25 Ogos 2014 untuk pendaftaran maklumat kumpulan dan projek KIK serta menguruskan pendaftaran penyertaan secara online bagi penyertaan Mini Konvensyen KIK 2014 Peringkat Zon Tengah (Pilot).

Kepada semua Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) di Zon Tengah yang berminat untuk mewakil PTJ masing-masing sila daftar kumpulan dan projek KIK melalui SPKIK....

Setiap PTJ dibolehkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu kumpulan. Walau bagaimanapun, pihak penganjur hanya menyediakan sebanyak 20 tempat dan keputusan pemilihan kumpulan oleh Jawatankuasa Penilai adalah muktamad.

Berikut adalah gambar rajah proses permohonan penyertaan sebagai peserta untuk panduan dan makluman:

Nota: Kumpulan KIK yang ingin mendaftar kumpulan dan projek KIK melalui sistem diminta menghubungi Urusetia KIK (Ketua Unit Pengurusan Kualiti/Penyelaras KIK) bagi PTJ masing-masing atau menghubungi pihak InQKA untuk bantuan teknikal (Pn Siti Nor Juhirniza - 03-5522 5574).

Kepada wakil PTJ yang ingin menyertai sebagai pemerhati, pendaftaran boleh dibuat melalui Borang Pendaftaran Pemerhati secara on-line.

Berikut adalah pautan maklumat berkaitan penyertaan untuk rujukan dan panduan:

  1. Syarat Penyertaan & Pertandingan
  2. Permohonan Penyertaan
  3. Garis Panduan Penyediaan Laporan Projek KIK
  4. Garis Panduan Persembahan Projek KIK
  5. Risalah Mini Konvensyen KIK 2014 Peringkat Zon Tengah

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Mini Konvensyen KIK 2014 Peringkat Zon Tengah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi :-

En Zamani Umar Husin -  No. Tel: 03-55442558 | email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 


 





Last Updated on Tuesday, 02 September 2014 16:23